Program Mentor -Mentee Tingkatan 6



Baru-baru ini , Sekolah SMK Sungai Besar telah mengadakan Program Mentor - Mentee.Program ini disertai oleh pelajar - pelajar & guru - guru tingkatan 6.Nampaknya , semua warga prauniversiti sekolah ini menunjukkan komitmen yang hebat sekali dalam menjayakan program ini.


Program ini diadakan untuk meningkatkan prestasi pelajar &  membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Program ini telah mula dijalankan pada bulan April 2012 dan taklimat telah diadakan pada 27/4/2012 di Makmal Biologi untuk majlis penyerahan mentor dan mentee.


Untuk Pengetahuan semua, Program Mentor - Mentee merupakan program untuk meningkatkan prestasi akedemik , rohani & pembangunan sahsiah pelajar prauniversiti.Hal ini untuk memantapkan jati diri pelajar tingkatan 6 supaya lebih bersedia apabila tiba di universiti.


Semoga program mentor SMK Sungai Besar mencapai objektif yang ditetapkan  sekaligus melonjakkan nama & imej tingkatan 6 di universiti nanti.

Kongsikan berita ini



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .