Tips Mendapat 5 Principal A STPM

Mempunyai Matlamat Belajar


* Pelajar cemerlang STPM mengetahui sebab dan tujuan belajar.

* Mereka mempunyai keyakinan dan kegigihan untuk berjaya.

* Individu yang berjaya sentiasa menulis matlamat kejayaan mereka.

Kemahiran Belajar yang Sempurna


* Di tingkatan 6,amat banyak maklumat yang perlu dibaca ,teknik memori  & teknik menjawab perlu digunakan untuk mencapai kecermerlangan

* Pelajar cemerlang tingkatan 6 mempunyai kemahiran belajar yang tersendiri

* Untuk mendapat 5 principal A ,setiap subjek perlu mempunyai teknik belajar yang berkesan untuk meningkatkan daya ingatan

Mempunyai Perancangan


* Ingat, rancang, rancang, rancang, untuk berjaya mendapat A bukannya  mudah ,anda perlu konsisten dalam belajar

* Tulis strategi anda,  contoh: Anda mempunyai 10 cara untuk mencapai A dalam  subjek Pengajian Am, tulis di atas kertas

*Seterusnya rujuk strategi yang anda tulis.

Sentiasa Konsisten


* Pelajar yang memndapat A dalam 5 subjek sentiasa berusaha  mengekalkan prestasinya

* Pelajar yang mempunyai A dalam genggaman ,sentiasa belajar secara berterusan dan bersedia dari awal

Hubungan Agama & Guru


* Pelajar cemerlang STPM sentiasa beribadat dan berdoa agar mendapat kecermerlangan dalam setiap peperiksaan yang diduduki.

* Ibadat dalam agama amat penting untuk meningkatkan jati diri pelajar untuk terus berusaha mencapai kecermerlangan .

*Guru menjadi rujukan apabila pelajar prauniversiti menghadapi masalah  dalam sesuatu subjek.


Mempunyai Model Ikutan


* Pelajar cemerlang yang akan berjaya sentiasa mempunyai model ikutan(individu yang berjaya)

*Pelajar perlu mengikuti langkah-langkah model ikutan yang diamalkan  dalam mencapai kejayaan

*Di sini, pelajar dapat mempelajari halangan & masalah yang dihadapi oleh model ikutan mereka dalam mencapai 5 principal A.

Wajib Baca

- Teknik Cemerlang Dalam Semua Subjek STPM
- Langkah-Langkah Untuk Cemerlang STPM


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )







Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .