
Latihan Yang Mantap
-- Latihan yang cukup perlu dilakukan sebelum anda melangkah ke dewan peperiksaan
-- Pastikan anda membuat latihan yang secukupnya untuk setiap subjek yang anda ambil.Dengan kata lain, sentiasa membuat latih tubi
-- Pelajar yang sentiasa membuat latihan tidak akan menghadapi masalah lupa,masa, & teknik menjawab semasa peperiksaan

Peka Dengan Perkembangan Semasa
-- Ingat, di STPM tiada buku rujukan yang khusus , anda perlu berdikari mencari maklumat terkini berkaitan subjek yang anda ambil
-- Biasanya , soalan -soalan peperiksaan di peringkat STPM adalah berkaitang dengan isu semasa.
-- Cth : Subjek pengajian am & bahasa melayu
-- Maka, cara belajar ,teknik menjawab & kehendak pemeriksa perlu anda ketahui dalam setiap subjek
yang anda ambil.

Sentiasa Bersedia
-- Mereka yang cemerlang sentisa bersedia dengan peperiksaan & pertanyaan .
-- Oleh itu, perancangan perlu dibuat seperti merancang markah, tajuk yang hendak dibaca,pembahagian masa , teknik menjawab & lain –lain.
-- Anda juga perlu membaca & mengetahui tentang perkembangan subjek yang diambil.

Mempunyai Target
-- Biasanya , anda akan menghadapi 3 kali peperiksaan di tingkatan 6 sebelum menghadapi peperiksaan STPM.
-- Cuba anda tetapkan target untuk setiap subjek yang anda dalam setiap peperiksaan.
-- Cth:Peperiksaan PKBS 1 , anda menetapkan markah pengajian am sebanyak 5, manakala markah PKBS 2 & percubaan harus anda tetapkan.

Menguasai Teknik Menjawab
-- Setiap subjek mempunyai teknik menjawab yang berbeza.Oleh itu cuba catatkan teknik menjawab
untuk setiap subjek yang anda ambil.
-- Penguasaan teknik menjawab adalah penting kerana ia mempengaruhi markah peperiksaan anda.

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )