
Mohd Khairul Adhar Arifin, 20, pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, memperolehi 4A  dalam mata pelajaran Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dan  Sastera.
Anak keempat daripada enam adik-beradik itu  tidak menjadikan kontroversi yang berkisar mengenai ayahnya sebagai  halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
“Apa yang berlaku ke atas ayah saya, saya  tidak ambil kisah dan ia tidak mengganggu pelajaran saya. Sudah enam  tahun saya tidak jumpa ayah dan ibu yang banyak memberikan saya semangat  untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapaikejayaan supaya dapat mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di sekolahnya hari ini.
Dipetik Bernama, Mohd Khairul Adhar  memperuntukkan masa selama lima jam setiap hari untuk mengulang kaji  pelajaran selain menyertai diskusi kumpulan dengan rakan sekelas.
Dengan pencapaian yang cemerlang itu, Mohd  Khairul menyimpan hasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang  pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Ayah Pin” didakwa sebagai ketua ajaran  'Kerajaan Langit' tetapi telah hilang sejak 2005. Beberapa laporan  sebelum ini menyebut dia dilihat berada di Rantau Panjang tahun lalu.
Istimewa Untuk Anda

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )































