
Kecermerlangan STPM 2011
Inilah berkat usaha dan ketekunan mereka belajar sejak dari sekolah  rendah. Di samping itu ada juga berjaya hasil daripada program motivasi  yang menyuntik semangat pelajar untuk berjaya dalam akademik.
Segala susah payah dan daya usaha untuk mencapai kejayaan dalam  STPM sudah dibalas.Cabaran seterusnya kena kenal pasti bidang kerjaya bagi menentukan hala tuju mereka yang masih berdarah muda ini.

Halatuju Pelajar Lepasan STPM 
Bagi yang cemerlang keputusan peperiksaannya, bolehlah memohon  melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau institusi  pengajian tinggi swasta.Yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ke  universiti, mereka mungkin boleh melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat  kemahiran yang tersedia di seluruh negara.
Golongan pelajar kurang bernasib baik ini boleh menyambung pelajaran  ke politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Komuniti  yang banyak menyediakan peluang kerjaya menarik.Walau bagaimanapun peluang pengajian di tingkatan 6 lebih murah, singkat & menjamin masa depan pelajar SPM.

Peluang Pengajian Pelajar Tingkatan 6
Ingat, bukan semua pelajar yang ‘berkelayakan’ dapat masuk  universiti. Misalnya hanya kira-kira 30,000 daripada lebih 150,000  pemohon lepasan SPM dan setaraf dengannya yang layak ke universiti  tempatan.
Bermakna kira-kira lebih 100,000 pelajar lagi ‘tercicir’ dan tidak mendapat kerusi di institutsi pengajian tinggi.Mereka yang tercicir itu kerana tidak lulus dalam SPM, lulus tetapi  keputusan kurang baik dan tidak minat untuk belajar, selain kurang  bernasib baik.
Kini ,ramai pelajar yang gagal di SPM telah memasuki tingkatan 6.Seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang di STPM.Hal ini membuktikan bahawa pengajian di tingkatan 6 bukanlah sesukar mana yang dipandang oleh masyarakat.
Kini ,ramai pelajar yang gagal di SPM telah memasuki tingkatan 6.Seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang di STPM.Hal ini membuktikan bahawa pengajian di tingkatan 6 bukanlah sesukar mana yang dipandang oleh masyarakat.
Ramai pelajar lepasan STPM  lebih bersedia memasuki alam universiti kerana pendedahan & perkongsian ilmu di tingkatan 6 sekaligus mendapat kecermerlangan yang luar biasa.
Wajib Baca

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )































