48,446 calon lulus penuh STPM 
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Sebanyak 48,446  atau 92.55 peratus daripada 55,663 calon yang mengambil Sijil Tinggi  Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas lulus penuh dengan  sekurang-kurangnya mencatatkan kelulusan satu mata pelajaran.Pengerusi  Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak  memberitahu, daripada jumlah itu sebanyak 4,316 calon lulus lima mata  pelajaran, 29,670 lulus empat mata pelajaran), 9,797 lulus tiga mata  pelajaran, 7,412 lulus dua mata pelajaran dan 6,251 lulus satu mata  pelajaran.
Dzulkifli memberitahu, daripada 331 calon yang mendapat PNGK 4.00 sebanyak 184 adalah perempuan dan 147 pula calon lelaki.Tambahnya, sebanyak 10 mata  pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab, Kesusasteraan Inggeris,  Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Perakaunan, Matematik T  dan Biologi mencatatkan peningkatan prestasi.''Sebanyak 10 mata  pelajaran lagi tidak berubah prestasi iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa  Cina, Bahasa Tamil, Syariah, Usuluddin, Pengajian Perniagaan, Matematik  S, Fizik, Kimia dan Seni Visual,'' katanya.
Beliau memberitahu, sebanyak  97.5 peratus calon menjawab dalam Bahasa Inggeris untuk tujuh mata  pelajaran iaitu Matematik S, Matematik T, Matematik Lanjutan T,  Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi.Katanya, jurang prestasi calon bandar  dan luar bandar masih ketara berdasarkan jumlah yang mendapat kelulusan  lima A, empat A dan tiga A iaitu 12.14 peratus bagi kawasan bandar dan  7.06 peratus bagi kawasan luar bandar.
Pelajar Cemerlang STPM 
Pelajar terbabit ialah Yap Jun Fai dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik Petaling Jaya, Yong Kai Yi dari Sekolah Menengah Tinggi Muar, Ayu Faridah Nor Azman dari Sekolah Menengah Dato' Haron Tanjung Karang, Hoo Xiao Mei dari Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis dan Muhamad Najmuddin Firdaus Abdullah dari Sekolah Menengah Ayer Lanas Jeli.
Sementara Nurul Imani Zakaria dari Sekolah Menengah Seri Aman Pasir Puteh diumumkan sebagai pelajar cemerlang bagi kategori luar bandar dengan mencapai Gred A untuk lima mata pelajaran.
''Masmin Mensih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi pelajar istimewa cemerlang bagi kategori rabun dengan mendapat kelulusan Gred A bagi Sejarah, Gred B bagi Pengajian Am dan Bahasa Malaysia serta Gred C bagi Ekonomi.
Istimewa Untuk Anda

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )































