Ibu Mati Selepas Peperiksaan STPM



Duduki peperiksaan ketika arwah ibu bertarung nyawa

SELAYANG: “Kejayaan ini hadiah kepada arwah ibu yang baru saja meninggal dunia 45 hari lalu dan saya amat terkilan kerana dia tidak dapat melihat kejayaan ini. Namun, kejayaan yang diperoleh adalah berkat doanya.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika sedang menghadapi peperiksaan kerana di saat itulah ibu dalam keadaan kritikal kerana menghidap penyakit kanser ovari,” kata pelajar cemerlang STPM dari SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Zulhilmi Mohd Salleh, 20.

Dia antara lima pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang STPM 2011 yang diumumkan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin (MPM) di sini, semalam.
Muhammad Zulhilmi berkata, dia begitu sukar menumpukan perhatian ketika peperiksaan disebabkan ibunya sedang bertarung nyawa, namun tidak menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang.


Nasihat   Ibu

Katanya, sekiranya ibunya masih ada, dia pasti ibunya antara orang yang paling gembira dengan kejayaan yang dikecapinya itu.

“Ibu banyak memberi nasihat untuk berjaya walaupun sebelum ini saya gagal mencapai keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya selepas menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2011.


Menurutnya, guru menjadi sumber utamanya untuk mendapatkan sebarang maklumat kerana perkhidmatan internet sukar diperoleh dan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas menjadi kunci kepada kejayaannya.

Dari Harian Metro

Kongsikan berita ini



Istimewa Untuk Anda



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .