Baucar Bantuan 1 Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 telah menerima  Baucar Bantuan 1 Malaysia.

Hari penyerahan Baucar Bantuan 1 Malaysia kepada semua pelajar pra u. Semua nampaknya tersenyum je sejak pagi....tentulah kan?



Dapat hadiah dari kerajaan Malaysia, siapa yang tak 'happy'?...asalkan tau dan bijak belanjakan baucar tersebut barulah dapat manfaat dari pemberian tu. Beberapa perkara yang harus diingat (pesanan PK Pra U,Pn Sanisah) pemberian ini adalah 'one off' bermakna bukan diberikan setiap tahun kepada pelajar, selepas serahan baucar dibuat,pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan baucar, pelajar dilarang sama sekali menukar baucar dengan wang tunai, nama dan i/c pelajar telah tercatat dan ia sah digunakan dikedai-kedai yang mempunyai label "Menerima Baucar BB1M" dan akhir sekali baucar ini sah digunakan sehingga 31 Mac 2012.


Hmm....pandai-pandailah pelajar semua menggunakan baucar ini sebaik mungkin. Yang eloknya buatlah senarai keperluan dan buku-buku pelajaran atau ilmiah yang berkaitan pembelajaran supaya baucar dapat digunakan sebaik mungkin.


Dari Laman http://mpp-prau.blogspot.com/

Istimewa Untuk Anda



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .