Langkah Demi Langkah Untuk Cemerlang Di STPM

Untuk berjaya dalam hidup kita mesti merancang .Begitu juga di tingkatan 6, untuk bergelar sebagai pelajar cemerlang, strategi & perancangan untuk meningkatkan prestasi akademik mesti ada.

Perancangan yang baik menjamin pelajar menghadapi peperiksaan dengan tenang kerana mempunyai persediaan yang rapi .Kita sering mendengar ramai pelajar tingkatan 6 gagal dalam subjek yang diambil.Salah satu sebabnya , mereka tidak merancang dengan baik.

Contoh:


Dalam subjek Pengajian Am 1, kelemahan anda di bab dasar luar negara.
Anda sepatutnya mencatat cara untuk mengatasi masalah tersebut seperti
Menjawab soalan pengiraan atau menekankan bab yang lain.



!!! Ingat, cuba tuliskan strategi anda di atas kertas atau buku

** Untuk cemerlang di tingkatan 6 anda mesti mempunyai kemahiran merancang **

Kemahiran merancang terbahagi kepada

• Merancang matlamat
• Merancang masa
• Merancang strategi belajar
• Merancang tempat belajar
• Mengenalpasti halangan & rintangan


Merancang Matlamat

* Matlamat yang anda tulis mestilah jelas

* Perancangan matlamat amat penting , anda mesti mengetahui sebab anda berada di prauniversiti

* Matlamat yang anda tulis akan mengigatkan anda untuk terus berusaha mencapai kecermerlangan.

Contoh matlamat :

Untuk memasuki Universiti Malaya

--> Seterusnya senaraikan kebaikan matlamat yang anda tulis

Contoh kebaikan memasuki Universiti Malaya :

- Dapat memasuki universiti terbaik di malaysia
- Akan mendapat biasiswa
- Dapat menjadi pelajar cemerlang




Merancang Masa

* Di tingkatan 6 , anda mempunyai setahun setengah , gunakan sebaik yang mungkin untuk mencapai kecermerlangan.

* Perancangan waktu belajar amat penting, anda mempunyai 24 jam sehari bahagikan waktu tersebut.

* Cuba anda kaji , anda telah belajar 6 jam di sekolah, 4 – 5 jam mesti dipraktikkan untuk belajar di rumah

*Waktu yang selebihnya mesti dibahagikan untuk melakukan kerja rumah , latihan, tugasan kelab & lain-lain

Merancang Strategi Belajar

* Tempat belajar yang sesuai amat penting untuk memastikan pembelajaran secara aman & mampu mengekalkan ingatan belajar.

* Pembelajaran di perpustakaan disarankan kerana perpustakaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk belajar.

* Di rumah , cuba susun atur bilik anda dengan kemas & menarik. tampalkan matlamat anda & keratan akhbar berkenaan dengan pelajar cemerlang STPM.


Mengenalpasti Halangan & Rintangan

* Di dalam mencapai kejayaan , pastinya ada halangan & masalah yang akan dihadapi.

* Cuba anda ketahui halangan & rintangan yang bakal anda hadapi.Jika anda menghadapi 10 halangan tuliskan masalah anda di atas kertas.

* Seterusnya cuba fikir cara untuk mengatasi masalah tersebut.

* Contoh masalah dalam mencapai A dalam subjek pengajian am.

Masalah :

1.Terlalu banyak yang perlu dihafal dalam PA1
2.Tidak memahami format untuk bahagian A & B
3.Tidak mahir membuat graf & media


Penyelesaian:

1.Kenalpasti kata kunci untuk setiap isi dalam PA 1
2.Berbincang dengan guru untuk menyelesaikan masalah format.
3.Membuat study group untuk memahami kemahiran membuat media

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .