Program Sua Mesra Bersama MPP SMK Mahsuri




Seramai 36 pelajar beserta 8 orang guru pengiring telah menyertai program yang bertujuan menjalinkan hubungan muhibbah bersama PPU luar. Selain itu pelajar turut melawat tempat-tempat menarik di Langkawi seperti Makam Mahsuri, Kilang Gamat, Galeria Perdana, Pusat Kraf, Wildlife Park, Beras Terbakar, Pantai Chenang dan sebagainya. Program Sua Mesra bersama MPP SMK mahsuri Langkawi.


MPP SMKDM telah tiba di SMK Mahsuri tepat jam 9.00am,kami diberikan taklimat ringkas oleh PK Tg6 iaitu Pn Anis Azrina bt Shafie, selepas itu melawat pusat sumber sekolah, sesi berkenalan dengan para pelajar, permainan persahabatan badminton (SDM menang 4-1) dan akhir sekali jamuan tengahari.


Keramahan pelajar dan guru SMK Mahsuri tetap dikenang dan amat dihargai. Program yang tidak mungkin tidak dilupakan di Langkawi ialah membeli coklat dan pelbagai barangan di Idaman Suri dan Ismail Group. Selepas 3 hari di Langkawi pelajar bertolak pulang dan sempat singgah di pekan Rabu Alor Star.


Rombongan selamat tiba di sekolah pada 15hb mac tepat jam 11.59pm.

Kongsikan berita ini












Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .