Program Kembara Menara Ilmu

LDK
PRA U SMK ALANG ISKANDAR
Setelah sekian lama menyepi, kini Pra-U SMKAI kembali dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Terkini adalah PROGRAM KEMBARA MENARA ILMU. Program ini merupakan usahasama antara pihak pengurusan KPPU dengan bekas pelajar SMKAI yang berjaya melangkah ke menara gading. Tujuan utama alah untuk memberikan gambaran awal kepada pelajar pra-u tentang kehidupan di kampus, selain mendapatkan info tentang kursus-kursus yang ditawarkan di IPT.


Barisan fasilitator dan guru


Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat pelajar pra-u untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dan berjaya mengikut jejak abang-abang dan kakak-kakak senior. Pihak pengurusan KPPU mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas pelajar yang sanggup korbankan cuti mereka untuk bersama-sama menjayakan program ini.




Ketua Fasilitator: Saudara Eizal

Sebahagian Fasilitator
 
Kata-kata ketua fasilitator
"dari masyarakat kita datang dan kepada masyarakat kitasumbangkan"...membuktikan bahawa SMKAI telah berjaya melahirkan insan yang sentiasa mengenang jasa dan ingin berbakti kepada yang memerlukan. Diharapkan SMKAI akan terus melahirkan insan dan bijak pandai seperti mereka. Syabas juga diucapkan kepada pelajar pra-u walaupun ketiadaan bekalan elektrik masih tetap bertahan sehingga jam 5.00 petang.



Tekun..walaupun ketiadaan elektrik..



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .