Kemajuan Tingkatan 6

Sesungguhnya sistem pembelajaran tingkatan enam masih boleh dipertingkatkan dengan lebih baik. Antaranya ialah mengadakan sistem kolej seperti pusat matrikulasi. Setiap negeri dibina satu kolej pra-U untuk menempatkan pelajar tingkatan enam. Ini tentu meninggikan imej dari segi fizikal dan mampu memantapkan emosi pelajar.

Selain itu, pelajar tingkatan enam seharusnya lebih kerap dibawa melawat sambil belajar di universiti untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai suasana kampus universiti. Ini tentu merangsang minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.


Di samping itu, tenaga pendidik ditugaskan di tingkatan enam hendaklah dipilih daripada kalangan guru yang berpengalaman luas. Ini penting untuk meyakinkan pelajar bahawa mereka berdepan dengan tenaga pengajar berkebolehan tinggi yang sekali gus mencambah semangat meneruskan pembelajaran.

Hakikatnya, semua peluang belajar seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan memperkecilkan keupayaan diri sendiri lantaran kita gagal masuk ke pusat matrikulasi. Tiada halangan, hanya peluang. Itulah yang boleh kita katakan mengenai kelebihan pelajar di tingkatan enam.

Kata penulis motivasi Alias Muda, “Setiap orang dilahirkan unik bukan saja dari segi rupa paras, tetapi juga dari segi potensi diri. Keunikan inilah yang menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain, hebat dan istimewa.”

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )






















Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .