Kokurikulum Tingkatan 6 Masa Kini


Namun begitu, sukan dan kokurikulum di sekolah hanya dapat cemerlang jika persatuannya kuat dan dipimpin baik. Kalau persatuan tidak menampakkan aktiviti cergas di bawah kepimpinan pelajar sendiri, maka ia dianggap gagal. Lebih-lebih lagi jika ia terlalu bergantung kepada guru penasihat hingga peranan pelajar tidak cukup menyerlah.

Ini kerana guru wajar hanya membimbing dan tidak campur tangan dengan banyak hingga pelajar-pelajar itu tidak benar-benar memimpin.

Tetapi persatuan-persatuan sekolah hanya dapat bergerak dengan baik sekiranya ia dipimpin oleh pelajar-pelajar matang. Pelajar tingkatan empat kurang matang kalau berbanding dengan pelajar tingkatan enam. Sementara pelajar tingkatan lima terpaksa menumpukan kepada peperiksaan yang dihadapi.Jika ada tingkatan enam, maka kepimpinan sekolah termasuk persatuan akan berada di tangan pelajar yang lebih matang dan bersedia untuk menjayakan pelbagai aktiviti.

Sementara pelajar tingkatan empat akan menjadi pelapis yang akan belajar daripada senior dalam memimpin institusi-institusi sekolah.


Tingkatan 6 Penyumbang Kecermerlangan Sekolah

Kejayaan tingkatan enam inilah merupakan penyumbang kepada kecemerlangan sekolah-sekolah dahulu seperti Victoria Institution, St John‘s Institution, Anderson School, King George School dan English College .Tetapi sejak tahun 80-an, institusi tingkatan enam ini mula dilemahkan. Pelajar-pelajar baik akan dimasukkan ke dalam program matrikulasi.

Di kolej-kolej ini, pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk memberi kepimpinan kepada persatuan yang besar dan merangkumi ahli pelbagai peringkat umur. Mereka hanya memimpin persatuan rakan sebaya. Tidak seperti kalau mereka berada di sekolah menengah yang pelajarnya merangkumi hingga ke tingkatan satu.

Sementara itu, sekolah menengah pula kehilangan pelajar cemerlang untuk memimpin persatuan. Yang tinggal berada di tingkatan enam adalah pelajar-pelajar sederhana.


Akhirnya tingkatan enam tidak lagi popular di kalangan pelajar yang mahu cepat-cepat meninggalkan sekolah. Maka kepimpinan persatuan sekolah jatuh kepada pelajar tingkatan empat yang masih kurang matang.

Maka tidak hairanlah para majikan juga mengeluh. Mengapakah kalangan generasi sekarang dari segi nilai bekerja dan kepimpinan amat rendah? Sikap tanggungjawab, inisiatif dan sukarela dirasakan merosot? Tumpuan hanya kepada berapa gaji yang diperoleh dan bukannya disebabkan minat dan keseronokan bekerja?

Berita Tingkatan 6 yang terbaru :
Download Majalah Pra Universiti Edisi Terbaru
Wang Ehsan untuk pelajar tingkatan 6
Pandangan mengenai tingkatan 6




( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )







Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .