Penyelidikan Tingkatan 6


Walaupun masih dalam tempoh peralihan penjenamaan semula pengajian prauniversiti yang dilaksanakan di sekolah, kohort pelajar tingkatan 6 semasa tetap menerima penambahbaikan dari segi pendedahan proses penyelidikan. Mereka dibimbing supaya memiliki pengalaman asas yang mencukupi dalam kerja-kerja penyelidikan.

Mereka juga akan lebih peka terhadap perbezaan cara perolehan ilmu secara lebih tepat dan bertanggungjawab, berbanding dengan semata-mata berasaskan pengalaman, pendapat orang lain, pandangan pakar, atau sandaran logik.

Pertimbangan utama penyelidikan pelajar tingkatan enam ialah dari segi peruntukan masa dan akses kepada tatacara penyelidikan sebenar. Termasuk Pengajian Am dan Muet, pelajar sudah mempunyai lima mata pelajaran yang perlu digalas. Maka, penyelidikan harus dijadualkan selepas tamat waktu kuliah dan amali, iaitu sebelah petang.


Penyelidikan diselesaikan semasa 6 rendah

Jika pihak pentadbiran memilih supaya penyelidikan diselesaikan semasa 6 Rendah, maka pelajar mempunyai masa lebih kurang 10 minggu persediaan laporan penyelidikan dalam bentuk folio untuk tujuan pembentangan dalam sesi kolokium sebelum peperiksaan akhir tahun dimulai. Maka, perjumpaan mingguan yang dianggarkan mengambil masa antara sejam setengah hingga dua jam perlu dimanfaatkan dengan melengkapkan draf kandungan folio menerusi bimbingan dan penyeliaan guru.

Secara ideal, pelajar jurusan sains patut melaksanakan penyelidikan berkaitan bidang sains: matematik, fizik, kimia, biologi. Hal itu boleh dilaksanakan dengan syarat modul khas dan penarafan penyelidikan sains pelajar didokumenkan. Tentulah melucukan apabila pihak konsultan diupah untuk kononnya mereka cipta satu projek sains supaya dapat masuk bertanding hingga ke peringkat antarabangsa!

Mengambil kira faktor masa dan aksesibiliti maklumat, pelajar tingkatan 6 hanya digalakkan menggunakan kaedah statistik deskriptif paling asas, iaitu taburan kekerapan, peratusan dan pangkatan kedudukan.


Berita Tingkatan 6 yang terbaru :
Download Majalah Pra Universiti Edisi Terbaru
Kolej Tingkatan 6
Institusi Tingkatan 6 Masa Kini



( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )







Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .