Pelajar Tingkatan 6 Maut Rempuh Kereta Guru



SEREMBAN 25 Feb. - Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang guru di Jalan Seremban-Tampin dekat kuari Eng Lian, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 7.20 pagi itu, N. Thinesh, 19, dari Ladang Perhentian Tinggi, Sungai Gadut dekat sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Menurut jurucakap polis, siasatan mendapati motosikal mangsa jenis Modenas gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Katanya, kereta dipandu seorang guru wanita dari arah Seremban itu kemudian terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal lain dari arah Rembau.

"Pelajar berkenaan maut di lokasi kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang berusia 55 tahun cedera parah," katanya di sini hari ini.

Tambah jurucakap polis berkenaan, mayat Thinesh dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat manakala mangsa yang parah dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Sumber : Utusan




( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .