Aktiviti Pelajar Tingkatan 6 buat Tahun 2014



Pelantikan MPP SMK Paya Besar bagi tahun 2014 telah pun berlangsung pada akhir tahun lepas dimana kami tidak lagi melakukan pilihan raya seperti tahun tahun sebelumnya kerana tempoh masa yang amat singkat menyukarkan kami dan pihak guru merancang aktiviti. Wakil MPP telah dipilih dan diundi oleh setiap pelajar di dalam satu majlis sahaja.

Notis pemberitahuan sebagai pembuka tahun 2014. Setiap pelajar tingkatan 6 diwajibkan memakai kad matrik setiap hari diwajibkan memakai  songkok pada hari jumaat seperti yang tertera di gambar berikut. Jika pelajar gagal berbuat demikian,pelajar akan didenda membayar RM0.50.


Berikutnya adalah mesyuarat guru bersama calon Ketua Pengawas bagi sesi 2014. Calonnya adalah pengawas tingkatan 6 iaitu Azrul Naim b. Azme dan juga Rafiq Rifaie.

Calon ketua pengawas telah diminta untuk memberi ucapan di hadapan semua guru SMK Paya Besar. 2 calon daripada tingkatan 6 dan 2 lagi daripada tingkatan 5. Setelah itu setiap guru diberikan satu borang dan diminta untuk memilih salah satu calon daripada mereka berempat.

Pada rabu yang lepas,telah diadakan mesyuarat agong rumah sukan bagi pelajar arus perdana dan juga pra-universiti. Biasanya sukan sekolah pelajar pra-u dan arus perdana digabungkan bersama.

Di bawah merupakan antara gambar -  gambar aktiviti pelajar prauniversiti SMK Paya Besar :





Selamat berjaya menjalan aktiviti yang dirancang untuk kecermerlangan & pencapaian tingkatan 6


Sumber : website smkpayabesarmpp



( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .