Pelajar Tingkatan 6 Terima Baucar Buku 1 Malaysia


SELASA, 31 JANUARI 2012 – Pelajar Tingkatan 6 Atas DESSO menerima Baucar Buku 1 Malaysia pada tengah hari ini yang disampaikan oleh Pengetua Kanan DESSO, Encik Abdul Rahman bin Husin.

Dalam ucapan ringkasnya, Pengetua Kanan berharap semua pelajar memanfaatkan pemberian itu dengan membeli buku yang dapat meningkatkan pencapaian pelajaran dan menambahkan pengetahuan.

Sambil meminta pelajar berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Allah, beliau tidak mahu berlaku kes penjualan baucar buku tersebut seperti yang dilaporkan dalam media sekarang.

Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia yang bernilai RM200.00 itu untuk meringankan beban pembelian buku rujukan dan untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Dalam majlis itu, 56 orang pelajar menerima empat keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.



Turut hadir dalam majlis yang diacarakan oleh Guru Kaunseling, Haji Ramli bin Musa itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ruslan bin Haji Ismail, dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Robiah binti Husain.


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .