Lawatan MPPU KISAS ke USIM


Pihak MPPU KISAS SBT berkesempatan untuk mengemaskini laman bl0g MPPU yang sekian lama tergendala disebabkan kesibukan masa yang melanda pelajar STPM MODULAR selaku batch pertama yang menjalankan pentaksiran berasaskan sek0lah (PBS) bagi subjek Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu dan Syariah.

Pada 25 april yang lalu, MPPU KISAS SBT telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.




Kami telah menyaksikan vide0 fakulti kepimpinan pelajar USIM pada permulaan majlis ini.Seterusnya para pelajar diberikan taklimat mengenai USIM dan kehidupan di sekitar USIM.Penerangan yang diberikan sangat menarik dan menjadi pembakar semangat untuk kami menyambung pelajaran akan datang ke peringkat yang lebih tinggi.

Aktiviti kami seterusnya ialah lawatan di sekitar USIM bersama fasilitator masing-masing.Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum bergerak ke tempat-tempat yang berkaitan.


Perjalanan kami telah dibimbing oleh beberapa orang fasilitator FKP.selain itu..kami turut dibawa ke bilik penyiaran stesen televisyen dan konti radio USIM.Kami turut diberi peluang untuk bersiaran dan menjadi deejay radio USIM.


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )




Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .