Keputusan STAM Prauniversiti


Pada 30 Januari 2013 keputusan STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia ) telah dikeluarkan di seluruh Malaysia.Tidak ketinggalan 18 orang calon STAM di Kolej Islam Sultan Alam Shah.Keputusan tersebut turut dinanti nantikan oleh semua warga KISAS bagi mengetahui keputusan yang bakal dirangkul oleh kesemua calon STAM KISAS sesi 2011/12.

Warga MPPU (Majlis Perwakilan Pra-Universiti) turut dijemput ke Dewan Ulul Albab (DUA) untuk mendengar ucapan dari ayahanda pengetua (Tuan Haji Abdullah b. Jusoh) & pengumuman keputusan .

Keputusan dinanti dengan penuh debaran oleh semua warga KISAS lebih lebih lagi para ibu bapa & calon STAM.Keputusan ini turut dinantikan oleh semua guru guru STAM & MPPU.


Alhamdulillah KISAS telah mencatatkan 5 orang mendapat keputusan Mumtaz,11 orang Jayyid Jiddan &  2 orang Jayyid.Berkat usaha para pelajar , guru guru & doa mereka semua akhirnya KISAS telah berjaya mencipta nama dan mengekalkan kecemerlangan seperti tahun tahun yang lepas.

Sekalung tahniah buar semua calon calon STAM KISAS.Kejayaan mereka turut disiarkan di RTM 1 & akhbar tempatan pada pukul 8.00 malam (30 Januari lalu )

Semoga kejayaan yang dirangkul oleh calon STAM akan menjadi pembakar semangat buat semua calon STAM & STPM KISAS sesi 2012/13.

Dari Website Kisas


Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .