3 Teknik Fokus Dalam Kelas


Pernah anda menghadapi masalah untuk fokus di dalam kelas.Mengantuk , bosan atau mengingati perkara lain, sebenarnya terdapat banyak faktor yang mengganggu fokus kita dalam kelas . Oleh itu , ini beberapa tips yang dapat website Pra Universiti kongsikan untuk mengatasi masalah fokus anda.


Betulkan Niat
   
Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik.

Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya.


“Preview” Topik

Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas.

Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas.

Gerakkan Badan

Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot.

Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal.




Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .