Telefon Bimbit dibenarkan dibawa ke sekolah


Sudah sekian lama masa berlalu,  usul cadangan telefon bimbil sekolah masih dibincangkan.Mengikut Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong .Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum pihak kementerian membuat keputusan yang tepat .

Beliau berkata "Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar."Sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju," katanya kepada pemberita.



Bulan lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar.






Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .