Sediakan Payung Sebelum Hujan

Kemalangan boleh berlaku bila - bila masa, di mana jua dan sering kali di luar jangkaan.Andaikan ia belaku ke atas diri anda sekaligus menyebabkan ekonomi dan kewangan anda jatuh. Seterusnya anda tidak mampu menjana pendapatan bagi saraan diri dan keluarga, adakah anda sudah menyediakan tabungan yang cukup bagi meneruskan kehidupan anda.

Ingat , kemalangan boleh berlaku di mana - mana sahaja , anda perlu mengambil langkah yang awal untuk mengatasi masalah ini. oleh itu , anda perlu menyediakan payung sebelum hujan & memikirkan perkara ini dengan lebih awal.

Bagi kakitangan kerajaan dan swasta , gaji yang mereka perolehi perlu menyimpan wang dengan lebih awal. Simpanan yang lebih awal seperti membuat akaun yang khas untuk kegunaan pada masa kecemasan. Hal ini membolehkan anda menghadapi situasi yang gentir & rumit dengan perasaan yang tenang .
Insurans juga merupakan satu langkah yang bijak dalam mengatasi masalah hidup & bencana yang berlaku ke atas diri.Malah , terdapat juga sesetengah individu yang menggunakan duit gaji atau simpanan mereka dengan melakukan pelaburan untuk jangka masa yang panjang.







Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .