Rancangan Pemasaran Yang Berkesan


Kejayaan sesebuah perniagaan adalah berdasarkan rancangan pemasaran yang baik & teratur.Pengetahuan pemasaran dalam diri seseorang individu amat penting supaya perjalanan perniagaan berjalan dengan lancar Aliran pasaran harus dianalisis supaya mendapat pulangan yang menguntungkan.

Pemasaran adalah pengumpulan maklumat tentang pelanggan yang berpotensi membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.Oleh itu , amatlah perlu untuk seseorang usahawan atau peniaga merangka 1 pelan pemasaran untuk perniagaannya.


Pelan pemasaran terbahagi kepada :

1. Definisi produk atau perkhidmatan
2. Khalayak sasaran
3. Objektif
4. Mengenal pasti pesaing
5. Meletakkan harga
6. Menetapkan bajet pasaran
7. Membentuk aktiviti pemasaran
8. Menetapkan tempoh masa

Secara umumnya, pemasaran merupakan satu elemen penting dalam  perniagaan sekaligus mencipta nama produk  atau perkhidmatan ke peringkat global.Pemasaran membolehkan pelanggan mengenali perniagaan yang kita jalankan.Malah , pemasaran yang baik akan membawa perniagaan ke peringkat yang lebih jauh.











Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .