Lawatan Pelajar Pra U Ke USIM



Menjejakkan kaki di universiti terkenal

Para pelajar Pra-Universiti KISAS 2012 tatkala tiba di pintu utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kami berasa amat berbangga kerana dapat menjejakkan kaki di universiti terkenal tersebut. Tarikh 23 April 2012 bakal menjadi sebahagian daripada memori bermakna kami. Pelbagai pengalaman menarik kami dapat di sana.

Sekitar tahun 2000, hampir keseluruhan fakulti di USIM telah mula beroperasi di kawasan hari ini iaitu Nilai, Negeri Sembilan. Sebelum ini USIM hanya menumpang di beberapa lokasi berbeza mengikut fakulti-fakulti yang disediakannya. USIM merupakan salah satu daripada 20 IPTA utama negara pada hari ini. Walaupun masih mentah jika dibandingkan dengan pengalaman IPTA lain, USIM mampu menandingi dan telah menghasilkan graduan-graduan kelas pertama selari dengan permintaan negara.


Pelbagai persoalan telah dibangkitkan

Rombongan kami telah tiba di Perpustakaan USIM, tempat dimana kami diberi taklimat umum mengenai USIM oleh kakitangan perpustakaan tersebut. Taklimat hampir 2 jam itu turut dihadiri para Alumnai KISAS yang sedang menuntut di USIM sendiri.

Pelbagai persoalan telah dibangkitkan oleh para pelajar sepanjang sesi taklimat itu berlangsung sebelum semua ahli rombongan dijemput menjamu selera. Sememangnya masa ini amat dinanti-nanti oleh para pelajar. Maklumlah, rombongan kami telah bertolak seawal jam 7.30 pagi dari sekolah. Hanya sarapan pagi yang telah mengisi perut kami.



Penggambaran di bangunan pentadbiran USIM

Selesai makan, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan. Dengan iringan kakitangan perpustakaan tersebut, kami mengunjungi setiap kemudahan perpustakaan yang disediakan untuk siswa dan siswi USIM.

Kami mencuba pelbagai peralatan yang canggih seperti di bilik Audio untuk para pengguna mendengar lagu, Bilik Tayangan Utama yang menyediakan khidmat menonton filem untuk pengguna, Bilik Karel untuk pengguna belajar sendirian pada satu-satu masa serta kemudahan pinjaman buku elektronik yang menarik perhatian kami semua. Ruang lobi perpustakaan tersebut dikenali sebagai Central of Excellent.

Kami pulang sekitar pukul 2.00 petang setelah selesai penggambaran di hadapan bangunan pentadbiran USIM, IQRA yang tersegam gah di pintu utama universiti terkemuka tersebut. Kepada pihak USIM, kami amatlah berterima kasih kerana meberi membenarkan kami melawat USIM. Tak dilupakan juga, diucapkan terima kasih kepada guru-guru pengiring kami kerana telah berusaha keras bagi menjayakan lawatan ulung-ulung kali ke IPTA di Malaysia.




Kongsikan berita ini












Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .