Bersih 4.0 bakal bermula



Keganasan Polis atau Peserta Bersih ?

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Siasatan keganasan polis pada himpunan Bersih 3.0  perlu disegerakan untuk memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat yang keliru dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana dan media alternatif di alam maya.

Justeru, Intelek Malaysia (IM) mengalu-alukan tindakan kerajaan yang proaktif untuk menubuhkan satu panel bebas untuk menyiasat tindakan ganas pihak polis dalam satu himpunan awam yang dikendalikan oleh jawatankuasa Bersih 3.0 yang bertujuan untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil.

“Sudah pasti ia dapat memberikan ruang yang lebih adil kepada semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan ini untuk disiasat kerana setiap hari media berterusan memberikan laporan satu hala sahaja,” kata presidennya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Hanif adalah bekas Ketua Polis negara yang mana insiden yang ingin disiasat adalah berkaitan dengan keganasan polis yang akan memberikan ruang tidak seimbang untuk beliau menentukan keputusan yang melibatkan kelompok pegawai polis tersebut.


Siasatan Oleh SUHAKAM

Justeru, ujar beliau IM mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan iaitu memberikan amanah itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang berkemampuan untuk mengendalikan kes tersebut.

Menurutnya, Suhakam mempunyai kepakaran dalam bidang yang melibatkan hak asasi manusia yang diperakui 'track record' Suhakam yang bertindak secara telus dan adil.

“Siasatan tersebut diadakan secara terbuka dengan melibatkan semua pihak termasuk wakil daripada penggerak Bersih, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan mereka yang disebut sebagai mangsa keganasan polis dalam himpunan tersebut,” ujarnya.
 
 
 
Bersih 4.0 Bakal Bermula
 
Pastinya, kegagalan BERSIH 3.0 adalah terlalu ketara dan tidak dapat dimanipulasi lagi sehingga menyebabkan media barat juga terpaksa mengakuinya.

Atas hakikat ini, maka laungan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menyatakan ia berjaya bolehlah dianggap sebagai menipu diri sendiri dan penyokong mereka.

Kita tidak tahu berapa ramai pula peserta yang sanggup suka-suka menghulurkan tubuh badannya untuk cedera dan menggadaikan masa depan serta menyusahkan keluarga dalam BERSIH 4.0 jika benar ia bakal diadakan. 




Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .