Syarat Memasuki Jurusan Sains STPM

  • Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

Kumpulan Mata Pelajaran

I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal /
Pengajian Kejuruteraan Awam /
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
Rekacipta /
Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /
Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan /
Pengajian Pakaian.

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.






( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .