Kelebihan Belajar di Tingkatan 6



Belajar di tingkatan enam banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS. Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang. Hal itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat pengajian lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari.

Tingkatan enam adalah landasan terbaik untuk seseorang pelajar ke universiti. Sebenarnya peluang pelajar tingkatan enam melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka berbanding lepasan diploma. Ini kerana lepasan matrikulasi dan diploma tidak secara automatik layak ke universiti jika mereka gagal mencapai merit dan kelulusan ditetapkan.

Perlu diingatkan, pembelajaran tingkatan enam diadakan bukan untuk menampung pelajar yang gagal ke IPT, sebaliknya sistem pembelajaran tingkatan enam itu adalah wadah terbaik untuk pelajar mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran lebih luas yang bakal mereka tempuh di IPTA/IPTS.


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )

























Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .