Kecermerlangan SMK Khir Johari



Hari Anugerah Cemerlang


21 April - Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2012 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Khir Johari, Tanjong Malim. Majlis yang diadakan bagi menghargai pencapaian yang cemerlang para pelajar dalam peperiksaan dalaman 2012 dan peperiksaan awam 2011.


Buat pertama kalinya majlis seumpama itu diadakan di Dewan Arena (Dewan makan asrama) kerana tapak dewan sedang dalam proses pembinaan bangunan baru setinggi empat tingkat.


Apa yang lebih manis lagi, Ahmad Ariff Osman (gambar, dua dari kiri) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Jauhari iaitu anugerah kecemerlangan tertinggi dalam majlis tersebut. Manakala Kong Ka Man pelajar kedua terbaik STPM 2011 menerima Anugerah Haniff Hashim.



Dirasmikan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga
 
Majlis dirasmikan oleh Datuk Rosni binti Sohar, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Hulu Selangor. Beliau merupakan mantan pelajar SM Khir Johari, Tanjong Malim pada awal tahun 1980-an.


Selain daripada itu, seramai tiga orang guru Pra-U telah menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah atas peningkatan pencapaian mata pelajaran dalam STPM 2011. Mereka ialah; En.Nallatamby a/l Nalliah dan En.Alias bin Haron (Pengajian Perniagaan), En.Abd Malek bin Selamat (Kesusasteraan Melayu) dan Pn.Rohanna bt Ramli (Seni Visual).



Syabas diucapkan kepada Ahmad Ariff Osman dan Kong Ka Man atas anugerah yang diterima. Syabas juga kepada guru-guru yang menerima sijil penghargaan serta kepada para pelajar Pra-U 2 2012 yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Dari Web SMK Khir Johari

Kongsikan berita ini


Istimewa Untuk Anda



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .