
Yang perlu pelajar fikirkan bagaimana untuk merangkul kecemerlangan. Kesedaran dan komitmen menjadi tunjang dalam menjana kejayaan dalam mana-mana sistem pembelajaran. Belajar di mana-mana sebenarnya sama saja kerana tiada jalan mudah mencapai kejayaan.
Memang benar kejayaan itu milik semua, tetapi yang berusaha keras saja mampu mencapainya. Jika kita meninjau prestasi pencapaian pelajar STPM setiap tahun, ia menunjukkan kualiti sangat tinggi dan sentiasa berlaku peningkatan dari segi peratusan kelulusan. Hal ini menggambarkan pelajar tingkatan enam mampu muncul cemerlang sebagaimana rakan mereka di matrikulasi, politeknik atau kolej swasta.

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )
