Gotong-Royong Menceriakan Kawasan Kampus PPU



Aktiviti 2012 dimulakan dengan Program Gotong Royong membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan kampus Program Persediaan Universiti (PPU), SMK Seri Tanjong, Melaka. Antara lain objektif program ini diadakan adalah untuk mewujudkan persekitaran PPU yang bersih, indah dan ceria untuk menjana pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam kalangan warga PPU.







Program ini juga bertujuan memberi peluang warga pendidik PPU dan pelajar PPU sesi akademik 2012 bersama-sama menyediakan suasana kampus yang bersih, indah dan ceria. Program akan dilaksanakan pada 14 Januari 2012 dari jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari.

Dari laman http://ppusmkst.wordpress.com/

Istimewa Untuk Anda



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .