Permohonan naik pangkat ikut syarat ditetapkan




KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ‘Akob Man, Kuala Lumpur’ dalam ruangan ini bertarikh 28 Julai 2011 ‘Nasib guru Tingkatan Enam belum terbela’.

Pengisian jawatan kenaikan pangkat hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari Gred DG44 ke Gred DG48 di sekolah yang mempunyai Tingkatan 6 perlu melalui urusan pemangkuan dengan memohon melalui iklan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
Calon perlu memenuhi syarat umum dan khusus yang ditetapkan di dalam iklan berkenaan dan seterusnya mereka perlu diluluskan pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Dimaklumkan bahawa pengisian jawatan kenaikan pangkat Tingkatan 6 dilaksanakan bukan saja tertakluk kepada kekosongan jawatan tetapi juga kekosongan pakej mata pelajaran Tingkatan 6 yang ditawarkan di sekolah Tingkatan 6.

Bagi guru yang memenuhi syarat pemangkuan dan diluluskan pemangkuan oleh LKPPP tetapi tidak dapat ditempatkan di sekolah asal mereka kerana jawatan atau pakej mata pelajaran Tingkatan 6 di sekolah berkenaan sudah penuh diisi, mereka akan dipertimbangkan untuk ditempatkan di sekolah lain tertakluk kepada kekosongan jawatan dan kekosongan pakej mata pelajaran Tingkatan 6 di sekolah Tingkatan 6 di negeri yang sama.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .