Pelancaran Portal MyGuru2


Portal MyGuru2

Majlis yang gilang gemilang iaitu program pelancaran Portal MyGuru2 dan Penyerahan Pelajar kepada Penasihat Akademik telah diadakan dengan jayanya di Dewan Konvensyen E-Learning, UPSI. Portal MyGuru2 yang merupakan portal interaktif antara pensyarah dan pelajar yang merentas sempadan masa. Bagi memastikan para pensyarah pra-u serta pelajar mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan portal tersebut, satu kursus khas telah diadakan sebelum majlis pelancaran dijalankan. Kursus tersebut dikendalikan oleh staf Pusat ICT UPSI.

Sebelum majlis pelancaran, ibu bapa dan para pelajar menerima perkongsian maklumat yang menarik bersama kaunselor pelajar, Pn.Effa Rina bt Mohd Matore berkaitan Inventori Personaliti Warna (IPW). Setiap pelajar telah melalui sesi inventori sebelum ini bagi mendapatkan personaliti berdasarkan warna-warna. Justeru dalam majlis ini pihak kauselor telah berkongsi maklumat berkaitan warna tersebut dengan ibu bapa. Tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada ibu bapa bagaimanakah personaliti anak-anak mereka dan bagaimana untuk mengupayakan sikap-sikap yang ada pada diri anak-anak ke arah mencemerlangkan diri sendiri bagi menghadapi peperiksaan.

Semasa majlis pelancaran Portal MyGuru, Timbalan Pengarah Pusat ICT, Pn. Nurazizah bt Othman telah melancarkan gimik perasmian bersama tuan pengetua. Majlis yang ringkas tetapi sangat meriah. Sebelum pelancaran, para peserta dipertontontonkan tanyang rakaman video ucapan Pengarah Pusat ICT, Tn.Hj.Mohd Nazri bin Md Saad yang berada di Kedah secara dalam talian beberapa minit sebelum pelancaran dilaksanakan.

Program Penasihat Akademik

Setelah pelancaran dilaksanakan, para pensyarah pra-u menerima penyerahan pelajar dalam Program Penasihat Akademik. Upacara penyerahan tersebut dilaksanakan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pusat ICT, UPSI. Sejurus selepas itu satu majlis beramah mesra antara PA dan ibu bapa diadakan bagi membincangkan tentang pencapaian anak-anak mereka semasa dalam ujian rasmi bulan Mac lepas.

Semoga program-program tersebut akan membantu mencapai matlamat purata PNGK 2.50 serta pencapaian 100% dalam STPM 2011.

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .