SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT DENGAN MANTAN PELAJAR


20 Julai (Rabu) - Susulan daripada respon yang positif daripada para pelajar terhadap Sesi Perkongsian Maklumat dengan Mantan Pelajar 1 pda 1 Jun yang lepas, pengrusan Pra-U telah memanggil sejumlah mantan pelajar untuk mengongsikan pengalaman yang pernah mereka lalui sewaktu berad di pra-u serta pengalaman kini bergelar seorang mahasiswa.

Walau bagaimanapun hanya seramai enam orang mantan pelajar yang berkesempatan menghadirkan diri. Mereka ialah; Mohd Shukri Mohd Ali (UKM), Mohd Aidil Shukor (UPSI), Kumaraguru (UPM), Marhanisah Abd Aziz (UM), Nik Rabehah (USM) dan Nor Anis Abd Razak (UTM).

Terima kasih banyak-banyak kepada mantan pelajar yang sudi berkongsi pengalaman dengan adik-adik. Semoga perkongsian tersebut akan membakar semangat mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2010 dan 2011.

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .