KUALA
LUMPUR - Sejumlah 4,436 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) dan setaraf bagi 2010 daripada jumlah keseluruhan 53,216 pelajar
yang memohon bagi kemasukan ke institusi pengajian tempatan awam (IPTA)
sesi
|
2011/2012, tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain
sekiranya mereka gagal mendapat tempat di kesemua lapan pilihan utama,
walaupun mereka layak.
Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat
setelah mengambil kira keputusan pemohon sendiri ketika mengemukakan
permohonan menerusi borang Unit Pusat Universiti (UPU).
Prosedur
permohonan membenarkan calon menyatakan persetujuan memilih sama ada
bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan
pilihan program yang dimohon. Jika calon ada menyatakan persetujuan
untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan semasa mengemukakan
permohonan, maka calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di
IPTA yang masih ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang
dipohon tanpa mengira IPTA pilihan.
Bagi
calon yang memilih untuk tidak bersetuju, kementerian tidak akan
mempertimbangkan untuk menawarkannya program yang lain walaupun mereka
layak berdasarkan merit yang tinggi. Selain itu, beliau berkata semua
permohonan rayuan hanya akan dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan
tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baru pada awal September
sahaja.
Sebarang
pertanyaan boleh dibuat ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pengajian Tinggi di 03-8870 6000 atau faks ke 03-8870 6834 atau
e-mel ke upu@mohe.gov.my.
Berita Disunting Daripada Sumber : BERNAMA
( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )