MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL


29 Jun (Rabu) - Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk almarhumah Nurfarahanim binti Ismail serta adiknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batang Kali pada 17 Jun yang lalu telah diadakan di rumahnya di Felda Sungai Behrang pada tengah hari tadi. Hampir semua pelajar Islam Pra-U 1 dan Pra-U 2 serta para pensyarah hadir dalam majlis tersebut.

Kehadiran para pelajar dan para pensyarah disambut oleh ayahandanya serta nendanya. Kelihatan suasana muram masih menyelubungi keluarga tersebut. Semoga usaha yang sekelumit ini akan menjadi ibadah kepada para pelajar dan para pensyarah serta turut melimpahi roh almarhum dan almarhumah. Amiin.


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .