HARI INTERAKSI SMK KHIR JOHARI

 
29 Jun (Rabu) - Mulai hari ini sehingga 31 Jun, selama tiga hari ibu bapa serta penjaga dipelawa datang ke sekolah untuk menjayakan program Hari Interaksi Ke-2, 2011. Untuk julung kalinya hari interaksi dilaksanakan selama tiga hari memandangkan ada ibu bapa yang tidak berkesempatan datang ke sekolah apabila hari interaksi dilaksanakan hanya sehari. Justeru, dengan pemanjangan tempoh tersebut diharap lebih ramai ibu bapa serta penjaga datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru-guru tentang prestasi anak-anak mereka.



Sokongan ibu bapa dilihat sangat signifikan dalam menyumbang kepada sokongan moral kepada anak-anak. Semoga anak-anak akan lebih bersemangat dalam merealisasikan impian untuk lebih berjaya dalam bidang pelajaran.


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .