Lawatan Ke Parlimen dan Balai Seni Lukis Negara

Alhamdulillah program yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru telah menyertai program tersebut. Para pelajar berpeluang memerhati persidangan parlimen pada jam 11.30-12.30pm. Selepas itu pelajar dijamu makan tengahari oleh YB Puan Noriah Kasnon(Ahli Parlimen Sg Besar) di cafe Parlimen. Selesai acara jamuan, pelajar berpeluang mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Program seterusnya ialah lawatan ke Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur. Lawatan bermula jam 1.30pm-3.00pm. Kami diberi taklimat oleh Penolong Kurator BSLN berkaitan peranan dan fungsi serta pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak BSLN. Selepas itu para pelajar dibawa melihat pelbagai gambar yang terdapat di dalam galeri pameran. Selepas itu pelajar bersolat di Masjid Negeri Shah Alam dan dibawa ke Plaza Alam Sentral untuk membeli-belah di sana. Ahli rombongan selamat sampai di sekolah pada jam 10.00pm.




Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .