Gotong-royong Perdana Pra-U


24 Mei (Selasa) - Terima kasih kepada seluruh pelajar baru (enam bawah) prauniversiti SMK Khir Johari, Tg.Malim kerana terlibat dalam menjayakan program gotong-royong perdana yang diadakan pada hari ini.

Aktiviti utama program tersebut ialah membaiki meja pelajar. Hal ini kerana para pelajar enam bawah masih mengalami ketiadaan meja dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran dijalankan.

Aktiviti yang berlangsung selama sejam setengah itu telah berjaya menyelesaikan masalah meja tersebut hasil kerjasama antara para pensyarah dan para pelajar 6 bawah. Tahniah diucapkan.

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .