Kejayaan Nur Farahin



Nur Farahin Tumin muncul sebagai pelajar terbaik SMK dato’ Sulaiman bagi peperiksaan STPM 2010. Beliau memperolehi CGPA 4.0 bagi keseluruhan lima mata pelajaran yang diambilnya dalam peperiksaan tersebut.
Beliau bukan sekadar terbaik di sekolah ini bahkan muncul sebagai antara pelajar yang terbaik di negeri Johor.  Justeru itu beliau telah menerima anugerah sijil penghargaan Pelajar Cemerlang Negeri Johor Kategori Aliran Sastera daripada Tuan Haji Markom Bin Giran iaitu Pengarah Pelajaran Johor pada 21hb Februari 2011 bersamaan 18 Rabiul Awal 1432H.
Nur Farahin tidak lokek berkongsi resepi kejayaan beliau. Antaranya beliau memastikan akan mengulangkaji pelajaran lebih kurang 3 jam setiap hari walaupun tidak menentukan masa yang tetap. Kejayaan ini juga merupakan kejayaan kumpulan studinya yang sama-sama berdiskusi dengannya selama ini mengenai pelajaran. Beliau berpendapat bahawa menghormati  guru amat penting  di samping menyiapkan tugasan yang diberi oleh mereka.  Beliau suka menambah usahanya dengan beberapa ibadat seperti doa, solat dhuha dan membaca surah Al-Waqiah setiap hari.
Kejayaan yang tidak diduga itu telah menggembirakan ibu,  ayah dan keluarganya. Beliau amat bersyukur dengan kejayaannya serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, rakan, keluarga dan sekolah yang telah membantunya selama ini.



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .