Program Pelita Ilmu







Pada 30 Mac 2011 berlansunglah satu program yang dinamakan Pelita Ilmu khas untuk pelajar-pelajar pra universiti seramai 30 orang. Seronok dan menarik, itulah ungkapan yang diberikan oleh peserta program tersebut kerana mereka memperolehi ilmu mengenai numerologi dan kekuatan akal dan minda.

Program ini merupakan usahasama PIBG SMKPG2 dengan pihak Pra Universiti. Penceramah jemputan Encik Zailan b Mohd Dahlan , Pembantu Penyelidikan Kanan dari Stesyen Penyelidikan MPOB, Kluang merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang ini dan pernah menjadi penceramah Bengkel Smart Study, Kem Kepimpinan, Kem Smart Silat dan pelbagai lagi latihan dan pengurusan.




( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .