PILIHAN RAYA MPPPU BERJALAN DENGAN LANCAR

Walaupun perjalanan ke arah merealisasikan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPPU) SMK Khir Johari, Tg.Malim agak kurang lancar memandangkan banyak perkara yang diluar jangka telah berlaku, akhirnya ia dapat dijayakan juga pada pagi ini.

Setelah semua aspek teknikal (termasuk yang paling penting iaitu akses ke internet) dapat disiapkan "Pusat mengundi" dibuka seawal 8.30 pagi dan secara rasminya ditutup pada pukul 11.00 pagi.



Seramai 103 orang daripada 140 orang pengundi atau sebanyak 73.57% telah keluar mengundi. Mereka terdiri daripada tiga kelas tingkatan enam atas dan tiga kelas dari tingkatan enam rendah.
Pilihan raya MPPPU SMK Khir Johari yang julung kalinya diadakan ini telah menempa suatu kejayaan yang tersendiri apabila ia diadakan secara online. Iaitu, para pengundi hanya mengundi menggunakan laptop yang disediakan menggantikan kertas undi dan pensil seperti dalam amalan pilihan raya di negara kita.


Alhamdulillah, nampaknya talian internet berfungsi dengan baik sehingga memungkin pilihan raya ini dapat dilangsungkan dengan lancar. Walaupun sesekali liputan wifi terganggu kerana kedudukan pusat mengundi di kantin sekolah dan makmal ICT agak sedikit terlindung, namun secara keseluruhannya proses pengundian berjalan dengan lancar.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada para calon yang telah bertungkus lumus berkempen serta para pengundi yang telah menjalankan tugas masing-masing.
Insya Allah, keputusan rasmi akan diumumkan selewat-lewatnya sebelum pukul 12.00 tengah malam ini. Begitu juga dengan perkembangan terkini pasca pilihan raya MPPPU.


Dari laman (MPPPU) SMK Khir Johari


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .