PELAKSANAAN TUTORIAL EKONOMI TINGKATAN 6

Menerusi penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan 6, kaedah kuliah dan tutorial menjadi komponen penting dalam aktiviti pembelajaran. Sepertimana di universiti, aspek kehadiran, serta penglibatan pelajar dalam kedua-dua komponen akan diambil kira dalam penilaian gred setiap mata pelajaran / kursus yang ditawarkan pada setiap semester. Andainya cadangan asal sistem modular dilaksanakan kelak, tugasan (assignment) yang dibentangkan semasa kuliah, atau tutorial akan diberikan nilai markah tertentu sebelum dicampurkan dengan markah-markah ujian pertengahan semester, kuiz (berasaskan sekolah), dan peperiksaan akhir oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Bagi kohort pelajar 6 Atas semasa yang masih dalam tempoh peralihan, sistem tutorial lebih menjurus kepada perbincangan modul yang disediakan oleh guru / pensyarah setiap mata pelajaran. Misalnya, mata pelajaran Ekonomi yang baru dipelajari selama sebulan, sama ada menyambung bahagian mikro yang belum selesai, khususnya bab struktur pasaran, atau telah memulai bab pengenalan makro. Pengisian aktiviti tutorial bolehlah diselaraskan dengan format penilaian 1 yang merangkumi item aneka pilihan, esei pendek, esei panjang dan kuantitatif.



Perancangan aktiviti tutorial: 1.20 - 2.40 petang (80 minit)

1.20    Catatan rekod kehadiran oleh pensyarah

1.25    Taklimat ringkas tutorial:

           Tatacara am: matlamat, objektif, aktiviti, pembahagian masa, etika, disiplin, kriteria skor pemarkahan

           Tumpuan perbincangan "hari ini"

1.35    Pembentangan tugasan kumpulan:  10 kumpulan @ 5 minit / pelajar lain membuat catatan ringkas

2.25    Ulasan pensyarah: pencapaian tatacara am dan tumpuan harian

2.30    Kuiz bertulis ringkas: item soalan padanan

2.38    Jawapan pelajar dikutip

2.40    Bersurai



Contoh tajuk pembentangan tugasan pengenalan makroekonomi

1   Perbandingan antara pembelajaran makroekonomi dengan mikroekonomi

2   Pengenalan pemboleh ubah pendapatan negara

3   Pengenalan pemboleh ubah guna tenaga dan tenaga buruh

4   Contoh penghitungan jumlah guna tenaga, kadar guna tenaga dan kadar pengangguran

5   Konsep dan penghitungan kadar inflasi

6   Pengenalan Imbangan Pembayaran dan Pertumbuhan

7   Matlamat Dasar Makroekonomi di Malaysia

8   Pengenalan dasar sebelah permintaan

9   Pengenalan dasar sebelah penawaran

10  Kepentingan peranan kerajaan dalam kajian makroekonomi



Kaedah pembentangan

1  Dilaksanakan secara lisan

2  Penggunaan alat bantu (kertas sebak, kertas putih) dan slaid power point digalakkan

3  Mematuhi tempoh masa yang ditetapkan tanpa gagal

4  Pelajar hanya boleh mencelah dengan izin laluan kumpulan pembentang

5  Semua anggota pasukan pembentang berkesempatan bercakap

6  Penjaga masa / pensyarah diberi kuasa menghentikan pembentangan


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .