Larian Lestari Hijau Seafield

Larian Lestari Hijau SMK Seafield telah bermula pada jan 7.30 dimana semua murid hadir dengan penuh semangat berbaju hijau dengan tujuan untuk berlari dan membawa pulang hadiah yang desediakan oleh sekolah. Seperti biasa, semua murid dikumpulkan ditapak perhimpunan bagi memudahkan guru kelas untuk mengambil kedatangan pelajar pada hari ini kerana hari ini juga merupakan hari sekolah ganti sempena tahun baru cina yang lalu. 

Barisan Pentadbir Sekolah dan AJK PIBG sekolah
 

Pada lebih kurang jam 8 pagi, semua pelajar disuruh untuk melakukan sedikit ’warming up’ bagi mengelakan sebarang kecedaraan berlaku terutamaya di bahagian kaki. Acara memanaskan badan dipimpin oleh beberapa orang wakil daraipada Kelab Olahraga yang dipimpin oleh Aminul Rashid dari tingkatan empat. Semua pelajar semangat melakukan pemanasan badan kerana tidak mahu disentuh oleh mana-mana St John yang ada diselekoh bagi melihat sesiapa yang cedera kerana menurut En Abdul Rahim khalid (PK Ko-ku), jika pihak St John menyentuh pelajar kerana kesakitan atau kecedaraan yang dialami maka penyertaan sebagai pelari merentas desa terbatal. 

 Senaman Aerobik dipimpin oleh Kelab Olahraga Sekolah
   
Gambar-gambar menarik Larian Lestari Seafield
     
      
Jam 9 pagi pelajar mula dilepaskan untuk memulakan acara larian ini mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh sekolah . Pelepasan dimulakan dengan kategori P3 ( tingkatan 1 dan 2 ) , P2 ( tingkatan 3 ) dan seterusnya P1 ( tingkatan 4 dan 5 ) . Setelah selesai semua pelajar perempuan dilepaskan barulah pelajar lelaki dilepaskan yang dimulai dengan L3, diikuti dengan L2 dan akhir sekali L1. 

Ramai pelajar yang lari dengan penuh semangat pada mulanya sehinggakan ada yang berlari pecut namun apabila terdapat larian menaiki bukit ramai yang berhenti kerana tiada daya lagi ,ada yang mengatakan bahawa mereka ’pancit’ kerana lama tidak berlari. Sepanjang larian tersebut terdapat beberapa ’check point’ yang ditugaskan oleh pelajar tingkatan 6 untuk mencatatkan nombor yang kelihatan sepanjang diselekoh tersebut . Tiada sebarang penipuan dilaporkan , semuanya mengikut laluan jalan yang ditetapkan . 
Acara larian tamat pada jam 10.30 pagi , semua peserta kembali kesekolah dengan selamat . Ketika ini ada yang kelihatan gembira kerana kemenangan yang dicapai tetapi ada juga sedih dan kecewa kerana tidak dapat mencapai sasaran untuk berpingat pada tahun ini. Namun begitu seperti kata pengetua ketika acara penyampaian hadiah berlansung, bahawanya semua pelajar yang hadir pada hari adalah pemenang dan tiada yang kalah pada hari ini.
Setelah penat berlari, kami dibenarkan berehat dikawasan sekolah sementara menunggu acara penyampaian hadiah. Pada jam 11 pagi semua murid dikumpul seperti pagi tadi di tapak perhimpunan namun kali ini semua murid duduk mengikut rumah sukan masing-masing . Acara peyampaian hadiah dimulakan dengan ucapan oleh Pengetua SMK Seafiled, Pn Hajah Zaleha Abu Hasan. Beliau sangat gembira dengan kadatangan pada hari ini yang sungguh memberangsangkan walaupun pada hari Isnin ini merupakan hari peperiksaan. 

Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru kerana malancarkan program pada hari ini dan ucapan tahniah kepada semua murid kerana melaksanakan arahannya untuk berbaju hijau pada hari ini. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada semua pemenag oleh Pn Pengetua. Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang dimulakan dengan kategori P3 , P2 , P1 dan kemudian diteruskan oleh pelajar lelaki dengan kategori L3, L2 dan berakhir dengan kategori L1 . T


ahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang pada hari ini. Setelah itu diumumkan pula untuk jumlah mata bagi setiap rumah sukan . Tempat kelima jatuh kepada Rumah Merah , Rumah Ungu ditempat keempat , Rumah Biru dan Rumah Hijau masing-masing ditempat ketiga dan kadua . Juara bagi rumah sukan  Larian Lestari SMK Seafield pada tahun 2011 jatuh kepada Rumah Kuning. Sekalung tahniah diucapkan kepada Rumah Kuning. Acara pada hari ini berakhir pada jam 11.40 dengan lagu sekolah . Kemudian Pn Pengetua telah memberi hadiah kepada semua pelajar dengan membenarkan kami pulang awal pada hari ini. Tahniah dan terima kasih saya ucapakn kerana telah menjayakan larian merentas desa pada tahun ini. Harap dapat bertemu di bahagian yang lain. Sekian, terima kasih. 


Bantuan daripada  Pasukan St John Sekolah, Pasukan Polis Subang Jaya dan Pasukan Pegawai MPSJ 
   

Ahli-ahli Persatuan Sejarah Sekolah
 


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .