GURU TINGKATAN 6 DG44, DG48, DG52 BELUM DISAHKAN JAWATAN

Berita Harian bertarikh 19 Mei 2010 – GURU TINGKATAN 6 MEMANGKU DG44, DG48, DG52 SEJAK 1/1/2008 SUDAH LEBIH DUA TAHUN MASIH BELUM DISAHKAN JAWATAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “BASHA:BHA001163”, dalam ruangan rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 19 Mei 2010 ‘Guru Tingkatan 6 memangku DG44, DG48, DG52 sejak 1/12008 sudah lebih dua tahun masih belum disahkan jawatan’.




Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) ke Gred DG44, DG48 dan DG52 di sekolah-sekolah yang mempunyai Tingkatan 6 di bawah Fasa 1 (Kumpulan Pertama), boleh disemak melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 16 Mei 2010. Surat-surat penyiaran kenaikan pangkat bagi Negeri Pahang, Perak, Kedah, Sabah, Bahagian Pendidikan Islam dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dikemukakan kepada calon melalui Ketua Jabatan mulai 26 Mei 2010 hingga 1 Jun 2010. Bagi Negeri/Bahagian lain, surat-surat penyiaran dijangka akan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian yang berkenaan pada 2 Jun 2010.

Bagi calon-calon di bawah Fasa 1 (Kumpulan Kedua) iaitu mereka yang tidak dapat dikekalkan di sekolah yang sama di bawah Fasa 1 (Kumpulan Pertama) kerana tiada kekosongan jawatan dan pakej mata pelajaran, mereka ditempatkan di sekolah lain yang masih terdapat kekosongan jawatan dan pakej mata pelajaran.

Perakuan kenaikan pangkat calon-calon tersebut yang ditempatkan mulai 18 Julai 2009 dijangka dikemukakan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) pada akhir bulan Jun 2010 setelah semua perakuan diterima dari JPN/Bahagian yang berkenaan. Setakat ini, calon-calon bagi Negeri Melaka dan Johor telah dikemukakan pada 10 Mei 2010 untuk pertimbangan LKPPP di JPA. Untuk maklumat lanjut, calon-calon boleh menghubungi pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi urusan pemangkuan/kenaikan pangkat Tingkatan 6 mengikut Negeri/Bahagian di talian-talian seperti berikut:

Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional, Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster
03-88847935

Johor, Melaka dan Bahagian Pendidikan Islam03-88847959

Sabah dan Perak 03-88847930

Perlis, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya dan W.P Labuan 03-88721418


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .