Kokurikulum Tingkatan 6



Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."Kokurikulum juga merupakan kegiatan yang dijalankan di luar kelas  termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan.


Matlamat Kokurikulum

Peningkatan akademik dan disiplin pelajar. 
 
Membimbing pelajar dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni, kependidikan dan kemasyarakatan. 
 
Membina integrasi nasional dan jatidiri bangsa Malaysia . 
 
Menyeimbangkan perkembangan jasmani, emosi rohani dan intelek


Kokurikulum di tingkatan 6 adalah tahap kokurikulum yang paling tinggi di sekolah.Malah aktiviti kelab & persatuan di sekolah bergantung kepada pelajar tingkatan 6 untuk menggembangkan dan mengerakkan persatuan tersebut.  Setiap pelajar tingkatan 6 diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat melahirkan pelajar tingkatan 6 yang berkepimpinan, berdisiplin dan cemerlang dalam personaliti serta aklaknya. 



Aspek Penilaian Kokurikulum


Penilaian aktiviti kokurikulum pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan 4 aspek iaitu


Aspek Penilaian
Peratus Markah
Kehadiran
50
Jawatan Disandang
10
Penglibatan
20
Pencapaian
20
Jumlah
100



Markah Aspek Kehadiran ( 50 % )
Penetapan kehadiran minimum pelajar ialah 42 kali setahun berdasarkan pecahan berikut :

Aspek Penilaian
Bilangan Kehadiran
Pasukan Badan Beruniform
18
Kelab / Persatuan
12
Sukan / Permainan
12

 



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .