
Kelapan-lapan pelajar cemerlang tersebut mencurahkan pengalaman yang dialami masing-masing semasa belajar dan memberi panduan untuk memahami mata pelajaran kepada 59 orang bakal calon STPM tahun ini.
Menurut Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Robiah binti Husain, program ini diadakan untuk menyuntik semangat rajin dan keinginan tinggi pelajar STPM tahun ini agar mencontohi kejayaan senior mereka itu. Di samping itu, menurutnya lagi, program diadakan juga untuk menghargai dan meraikan kejayaan cemerlang kesemua lepasan STPM 2010 itu.

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )