50 karya seni pelajar STPM akan dipamerkan


KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 hasil karya pelajar seluruh negara yang mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipamerkan sempena Pameran Hasil Karya Seni Visual bertema "Seni Visual Membantu Kreativiti Dan Inovasi"

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini pelbagai, karya yang terdiri daripada batik, tenun, arca tembikar catan dan reka bentuk akan dipamerkan di Galeri Seni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Program anjuran bersama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan UPSI itu bagi mempamerkan hasil karya terpilih yang mempunyai nilai tertinggi daripada segi bahan, teknik dan proses penghasilan.

Program itu juga memberi pendedahan kepada calon STPM untuk memelihara dan menilai karya yang dihasilkan selain memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan hasil karya pelajar dari seluruh negara.



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .