HSBC beri biasiswa RM400,000

 










IRENE Dorner (baju merah jambu) bersama sebahagian daripada penerima Biasiswa HSBC selepas majlis penganugerahan tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.


HSBC Bank Malaysia Berhad menganugerahkan biasiswa kepada 21 pelajar yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dan sarjana.
Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Irene Dorner berkata, biasiswa bernilai RM442,000 diharap mampu menyediakan peluang pendidikan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Menurut beliau, biasiswa HSBC diberi berdasarkan keperluan kewangan pemohon sebagai syarat utama dan diikuti oleh pencapaian akademik.
"Bagi biasiswa lain kecemerlangan akademik menjadi keutamaan," jelasnya.
Tambahnya, untuk tempoh lapan tahun, HSBC telah memberi biasiswa bernilai kepada 226 pelajar yang layak dengan nilai RM4.415 juta.
HSBC, ujarnya, tidak menghadkan bidang pengajian dan penerima juga tidak terikat untuk bekerja dengan bank itu.
"Namun mereka dialu-alukan untuk memohon kerja di syarikat ini," katanya.
Selain itu, dalam bidang pendidikan, HSBC turut terlibat dalam Projek Mempertingkatkan Bahasa Inggeris Di Sekolah Pedalaman (Project to Improve English in Rural Schools - PIERS) dan Projek Membaca dan Menulis (Reading and Writing Project - RAW).


( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )





Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .