Persatuan Bahasa Arab

 
Sejarah Persatuan :
Persatuan ini ditubuhkan pada 12 November 1987 di Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya (kampus lama)
Ia didaftarkan secara resminya di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 22 Jun 1989 mengikut perkara 7 Akta Kesatuan dan Pertubuhan Malaysia tahun 1966.
Pada tahun 1991, ibu pejabat persatuan telah berpindah ke Pusat Islam Malaysia setelah menandatangani Perjanjian Persefahaman antara persatuan dan Jabatan Kebajikan Hal Ehwal Islam Malaysia (JAKIM).
Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di Pertua Persatuan Bahasa Arab yang pertama. Beliau terpilih beberapa kali mengetuai persatuan sehingga tahun 2005.


 MATLAMAT PERSATUAN :
  1. Menyediakan persekitaran yang sesuai dan kemudahan yang pelbagai bagi ahli yang berminat mempelajari bahasa Arab.
  2. Menggalakkan ahli persatuan khususnya dan masyarakat Malaysia amnya mempelajari bahasa Arab dan mengenali budaya -budaya Islam serta memperkembangkannya dengan cara-cara yang pelbagai.
  3. Memberikan bantuan, terutama untuk ahli yang, bagi memahami makna-makna al Quran dan hadis-hadis serta lain-lain sumber yang ditulis dalam bahasa Arab.
  4. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan mengangkat tahap penguasaan bahasa Arab bagi anggota masyarakat yang berminat.

Aktiviti
  • Syair
  •  Perbualan dan hiwar
  • Nasyid Bahasa Arab
  • Kuiz Multi Bahasa (Bahasa Arab, Malaysia, dan Inggeris)
  • Malam Kemuncak Bulan Bahasa.

Dari http://bahasaarab.org/

http://www.angelfire.com/ma3/smkam/BM/KoKurikulum/bahasa_arab.htm



Laman Pra Universiti, tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada laman web ini .