Sejumlah 53,674 orang calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 pusat peperiksaan mulai minggu hadapan. Pecahan kategori calon ialah:
Calon sekolah bantuan kerajaan: 47,369 orang
Calon sekolah swasta : 1,467 orang
Calon persendirian : 4,593 orang
Calon sekolah negeri : 235 orang
Calon sekolah integrasi : 10 orang
03-61302666 / 03-61303606 / 03-61352035 / 03-61352316
Sebagai contoh, fakulti ekonomi UKM pernah memberi tempat kepada kelayakan bukan STPM, termasuk sijil perdagangan Politeknik Ungku Omar dalam jumlah yang agak besar, iaitu hampir sama banyak dengan lulusan STPM. Keadaan itu bermakna bahawa hasrat awal mengadakan kursus sijil dan diploma bagi menyediakan tenaga separa ikhtisas (pengurusan pertengahan) sudah tersasar sedikit. Malah, jika dibiarkan berterusan, kelayakan STPM secara perlahan-lahan diketepikan.
Berdasarkan rekod, universiti awam menawarkan hampir 30 ribu tempat kepada lulusan STPM. Hal itu bermakna bahawa peluang untuk lulusan STPM diterima masuk ke universiti awam ialah kira-kira 60 peratus. Dalam usaha kerajaan untuk mencapai akses pengajian tinggi pada kadar 40 peratus rakyat, bilangan tersebut mungkin sekali bertambah.
Kelayakan STPM mendapat pengiktirafan seluruh dunia, termasuk universiti berprestij seperti Harvad, Yale dan Princeton (Amerika Syarikat), serta Cambridge dan Oxford (United Kingdom). Lulusan diploma dan matrikulasi tidak menikmati pengiktirafan yang sama. Sesungguhnya penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan 6, khususnya sistem modular pada tahun 2011 bakal mengembalikan kegemilangan pengajian tingkatan 6 di sekolah-sekolah terpilih.

( Sumber Informasi Tingkatan 6 Anda )